Resepi untuk berbuka puasa enam….
Roti yang keras jangan dibuang..membazir, jadikan cekodok atau puding roti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cekodok Roti

Resepi untuk berbuka puasa enam….
Roti yang keras jangan dibuang..membazir, jadikan cekodok atau puding roti.

BAHAN-BAHAN

  • Roti sandwich (yang dah dekat luput atau dah keras)
  • Udang segar atau udang kering
  • 1 sudu kecik serbuk kari (kalau dapat serbuk kari ikan, kalau tidak tak kisah apa-apa pun)
  • Bawang besar – 1 biji
  • Telur ayam – 1 biji
  • Serbuk perasa + garam
  • Sedikit tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
  • Potong udang segar – kecil-kecil, kalau guna udang kering – rendam dan tumbuk kasar-kasar.
  • Potong bawang besar – dadu.
  • Rendam roti dalam air sejuk sebentar, supaya kembang, dah kembang keluarkan dari air dan hancurkan kasar-kasar.
  • Satukan roti, tepung gandum, bawang, serbuk kari, telur dan serbuk perasa. Bancuh macam buat cekodok biasa .
  • Goreng hingga kekuningan, makan masa panas-panas bersama sos cili Thai…kalau tak ada, apa-apa cili sos pun okay jugak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN