Senang nak buat, boleh buat dengan kanak-kanak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Carrot Cup Cakes

Senang nak buat, boleh buat dengan kanak-kanak.

BAHAN-BAHAN

  • 1½ cawan tepung naik sendiri
  • ½ cawan gula halus
  • ¾ sudu kecil ‘baking soda’
  • ½ sudu kecil buah pala
  • ¼ sudu kecil serbuk kayu manis
  • Secubit garam
  • 1 cawan lobak merah yang diparut
  • 2 biji telur
  • ¾ cawan minyak masak
  • ½ cawan walnut dicincang
  • Inti krim keju:
  • 2 cawan (160g) gula aising
  • 120g krim keju
  • 1 sudu kecil ‘lemon butter’ atau kulit lemon yang diparut
  • Lobak Merah (hiasan):
  • Boleh guna marzipan atau fondant.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 180C. Lapiskan loyang muffin dengan cawan kertas, diketepikan.
  • Ayak dan masukkan semua bahan kering kecuali walnut ke dalam mangkuk besar.
  • Masukkan lobak merah, telur dan minyak. Pukul sehingga sebati. Masukkan walnut dan kacau sehingga rata.
  • Isikan cawan kertas tadi dengan adunan, 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit.
  • Sementara itu, sediakan inti krim keju. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim.
  • Bila kek cawan dah sejuk, sapu 1 sudu besar inti krim keju ke atas kek, letak satu lobak merah yang dibuat dengan fondan atau marzipan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN