Caramel Poundcake~@

Kek yg lembut, gebu & moist *~^ (resepi dari Mr Google)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Caramel Poundcake~@

Kek yg lembut, gebu & moist *~^ (resepi dari Mr Google)

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar butter/majerin
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng gula pasir hingga cair & keperangan/hangus, masukkan air, masak sehingga mendidih dah gula larut. Padamkan api, masukkan butter, kacau rata sehingga butter cair & biar sejuk.
  • Ayak tepung bersama soda bikarbonat & baking powder, gaul rata & ketepikan.
  • Kisar telur, minyak, susu didalam blender lebih kurang 2 minit.
  • Masukkan esen vanilla dan gula hangus tadi, blend lagi sehingga licin.
  • Tuangkan adunan ke dalam mangkuk, masukkan tepung yg diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau menggunakan spatula sehingga rata.
  • Masukkan kedalam bekas pound cake yg telah di lenser. Bakar sehingga masak (35~45 minit bergantung pada suhu oven)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago