Caramel Cheesecake

Kek keju karamel

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Caramel Cheesecake

Kek keju karamel

BAHAN-BAHAN

  • Krim:
  • 250g cream cheese – suhu bilik
  • 3 biji telur
  • 1 cawan (200ml) krim masam/’sour cream’
  • 1 cawan (200ml) krim segar
  • 120g gula
  • 2 sudu besar ‘corn starch’
  • Beberapa titik esen vanila
  • Lapisan bawah:
  • 100g biskut Marie/Graham cracker
  • 50g mentega (cairkan)
  • Karamel:
  • 1/4 cawan (50ml) susu segar
  • 80g gula
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan mentega dan ramas sehingga jadi berketul.
  • Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
  • Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan susu segar. Ketepikan.
  • Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula > esen vanila > krim masam > telur > ‘corn starch’ > krim segar ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
  • Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas krim tadi.
  • Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. Untuk mengelakkan hangus pada permukaan, bolehlah letak lapisan aluminium/’aluminium foil’ selepas 30 minit pertama. Bakar secara ‘double-boiler’ dengan meletakkan air suam di dalam dulang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago