Resipi campak-campak saja sebab mahu habiskan stok roti yang mahu luput.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Butter Bread Pudding With Chocolate
Resipi campak-campak saja sebab mahu habiskan stok roti yang mahu luput.
BAHAN-BAHAN
- 8-10 keping roti putih (Gardenia)
- 1 tin susu sejat
- 1/2 cawan gula (bergantung pada tahap kemanisan yang suka)
- 2 camca besar mentega
- 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 2 camca besar coklat urai
- 2 camca besar tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
- Senang saja… Koyak-koyak roti, kemudian rendam dalam susu cair, gula, garam dan air hingga kembang dan hancur. (Kalau mahu lagi hancur, ramas-ramas sedikit guna tangan).
- Masukkan mentega dan tepung, gaulkan hingga sebati, kemudian masukkan telur dan kacau. Biarkan sebentar hingga semua bahan sebati.
- Akhir sekali, masukkan coklat urai dan gaulkan. Kemudian bakar dalam bekas yang sudah digris dengan mentega sehingga masak. Siap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.