Burger KING kong

..ini terjadi akibat tak puas hati makan burger yang kononnyer ‘king’ dan ‘big’ kat luar sana…amik kau!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Burger KING kong

..ini terjadi akibat tak puas hati makan burger yang kononnyer ‘king’ dan ‘big’ kat luar sana…amik kau!

BAHAN-BAHAN

  • ****untuk buat roti*****
  • 500gm tepong roti(berprotin tinggi).
  • 1 bungkus yis (jenis maripan).
  • 1 sudu gula.
  • 2 sudu minyak sayuran.(minyak masak pun ok).
  • Biji bijan.
  • ******untuk buat burger*******
  • 1 ketul penuh dada ayam yang dikisar lumat.
  • 6 sudu besar tepong jagung.
  • 3 sudu margerin.
  • 1 biji telor ayam.
  • Daun sup yang telah dicincang.
  • 2 ulas bawang putih, garam dan serbok lada hitam.
CARA PENYEDIAAN
  • Tuangkan yis kedalam mangkok yang berisi air suam dan gula, kacau dan tunggu biar ia berbuih.
  • Gaul tepong dengan sesudu kecil garam. Masukan minyak dan gaul lagi. Masukan yis…yaa gaul lagi. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.
  • Biar doh naik kemudian dihentak2 dengan penumbuk supaya gas2 yang tak diingini bebas..uli lagi..dan biarkan ia naik lagi…ulang lah proses ini sekali lagi nanti…tabor sedikit tepong setiap kali buat supaya senang tak melekat.
  • Bahagi 3 doh itu, bulat2kan dan letak atas dulang pembakar yang digriskan..tekan dan leperkan ke bentuk bulat yang besar, taburkan bijan…tunggu ia naik lagi baru bakar dalam oven sehingga kekuningan.
  • Untuk burger gaul semua bahan2 (guna tangan supaya ia benar2 mesra(bob) dan bahagi kepada 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan buat macam bentuk burger atas sehelai plastik yang telah disapu margerin supaya senang nak angkat masuk kedalam kuali untuk digoreng.
  • Olih kerana saiz burger yang exreeme maka tutup kuali non stick tu dengan penutup periuk supaya masaknye sekata.
  • Hidangkanlah dengan cara anda…letaklah sayur2an yang anda suka, telor goreng, keju, mayonis, cili sos tetapi hamba nasihatkan jangan buat besar macam diatas….buat kecil2 macam burger biasa…roti pun sama…hanya orang2 yang selera besar macam hamba saja dicadangkan buat seperti diatas…
  • Jika ingin mendapatkan cara buat roti yang lebih baik sila buat carian dalam senarai resepi…tang buat burger tuh senang jer…hamba cadangkan buat burger sendiri…gerenti puas hati..ia lebih lembut sebab banyak ayam…lebih mengenyangkan…pasti lebih sedap dari yang dibeli…sebab tu hamba buat sendiri….dengan saiz yang hamba suka hehe…selamat ari raya korban…banyak daging nanti..sila2 buat burger….!
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago