Bun Sosej Goreng

Ban sosej goreng (guna mesin pembuat roti). Ubahsuai sikit resipi & cara buat ban tuna semalam, tapi masih guna tepung gandum.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bun Sosej Goreng

Ban sosej goreng (guna mesin pembuat roti). Ubahsuai sikit resipi & cara buat ban tuna semalam, tapi masih guna tepung gandum.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk ban:
  • 180ml air
  • 15g mentega
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 330g tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil yis segera
  • Untuk salutan luar:
  • 1 biji telur
  • Serbuk roti
  • Untuk bahagian dalam: 8-10 batang sosej
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng nanti
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan-bahan, ikut susunan tu, ke dalam mesin pembuat roti. Ikut arahan mesin anda untuk buat doh. Dah siap, bawa keluar doh dan tumbuk untuk keluarkan angin.
  • Bahagikan kepada 8, buat bulat-bulat kemudian biarkan rehat selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit, ambik satu doh, gentel memanjang dalam 20cm. Dua-dua hujung dileperkan sket (buat dengan jari aje), sebab nak tempekkan sket pada sosej nanti. Kemudian, tempekkan bahagian leper tu pada sosej kemudian lingkarkan doh pada sosej (bahagian mula/hujung tak dibaluti dengan doh xpe); tengok gambar tu. Ulang buat sampai habis doh. Selepas itu biarkan dalam 40-50 minit atau naik sekali ganda daripada saiz asal (gambar ni ambik masa lepas 30 minit begitu).
  • Untuk salut: pecahkan telur sebiji, kacau sket dengan garpu. Pastu, amik serbuk roti, letak atas piring/pinggan leper, ratakan. Ambik satu ban, sapu rata dengan telur (semua bahagian) kemudian salut/golek/taburkan serbuk roti pada semua bahagian ban.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Dengan api sederhana, gorengkan ban tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago