Bulgogi (Korean Beef BBQ)

Bulgogi adalah sejenis masakan tradisi Korea Selatan yang berasaskan daging lembu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bulgogi (Korean Beef BBQ)

Bulgogi adalah sejenis masakan tradisi Korea Selatan yang berasaskan daging lembu.

BAHAN-BAHAN

  • 600 gram daging lembu (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (kuning)
  • 1 biji lobak merah
  • 6 sudu besar kicap soya masin (kipas udang)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar jus pear (lai) yang dikisar setelah dikupas kulit
  • 1 1/2 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 1 sudu besar halia yang dicincang lumat (ditumbuk lagi bagus)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • secukup rasa serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar air
  • 3 sudu besar daun bawang yang dihiris nipis
  • 1 sudu besar biji bijan
CARA PENYEDIAAN
  • Potong daging lembu nipis-nipis sesuai cita rasa
  • Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan dari no. 4 sampai bahan terakhir
  • Setelah bahan-bahan dicampur dan digaul, masukkan ke dalam mangkuk yang berisi daging yang sudah dihiris tadi
  • Perap daging dalam peti sejuk selama 2 jam
  • Setelah 2 jam, potong bawang besar seperti biasa dan potong lobak merah secara memanjang, iaitu dikerat dua lalu dihiris nipis-nipis lalu hirisan tadi dimayang secara memanjang
  • Masukkan perapan daging ke dalam kuali non-stick, lalu dibuka api sederhana (tak perlu letak minyak masak ok), dan masukkan sekali bawang dan lobak merah yang telah dipotong tadi
  • Setelah air perapan hampir kering (biarkan ada nampak juicy sedikit), tutup api dan hidangkan.
  • P/s: Maaf, dalam gambar ni, tak nampak bijan sebab saya kehabisan bijan di rumah, seharusnya ada.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago