Bulgogi Jungol (Stew Daging)

Masakan Korea yang ringkas dan sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bulgogi Jungol (Stew Daging)

Masakan Korea yang ringkas dan sedap

BAHAN-BAHAN

  • 1kg Daging Lembu
  • *1/2 cawan kecil kicap soya cair
  • *2 sudu besar gula
  • *12 ulas bawang putih
  • *1 biji bawang besar bersaiz sederhana
  • *1 biji buah pear saiz sederhana
  • *1/2 cawan air
  • *1 sudu kecil madu
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 cawan pati lembu (guna kiub knorr)
  • cendawan
  • lobak merah
  • tauhu
  • cili hijau
  • brocoli
  • kubis panjang
  • garam dan bahan perasa
CARA PENYEDIAAN
  • hiris daging kecil dan nipis
  • kisar bahan-bahan yang bertanda * dan isikan didalam mangkuk besar
  • perapkan daging di dalam mangkuk tadi sekurang-kurangnya 3 jam di dalam peti ais
  • potong cendawan, lobak merah, tauhu, brocoli, kubis panjang dan cili hijau mengikut kehendak masing-masing
  • susun lobak merah, cendawan, tauhu secara berselang seli disekeliling kuali atau periuk.pastikan ruang tengah kosong (saya gunakan periuk tanah)
    tuang sedikit minyak bijan di tengah kemudian letakkan daging yang telah diperap.kemudian pasangkan api dapur.
  • kemudian masukkan pati lembu(rasa dahulu sebelum masukkan garam, ini kerana kemungkinan sos soya memang sudah sedia masin).biarkan mendidih dan jangan digaul.Hanya balik-balikkan daging yang ditengah sahaja
  • bila daging hampir masak baru la masukkan brocoli dan kubis panjang.
  • potong cili hijau dan letakkan di atas daging.
  • bila sudah siap hidangkan dan makan bersama-sama nasi.Sesuai di makan ketika panas. ~ selamat mencuba~
    ???

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago