Bubur Pedas Sarawak

Masakan negeri burung kenyalang ini pada kebiasaannya menjadi sajian utama paling istimewa hanya di bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja, tidak hanya di bulan Ramadhan malah menjadi sajian harian di kebanyakan mereka yang menjadi pemilik restoran, warung mahupun gerai makan di Sarawak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Pedas Sarawak

Masakan negeri burung kenyalang ini pada kebiasaannya menjadi sajian utama paling istimewa hanya di bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja, tidak hanya di bulan Ramadhan malah menjadi sajian harian di kebanyakan mereka yang menjadi pemilik restoran, warung mahupun gerai makan di Sarawak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket bumbu bubur pedas (atau mengikut banyaknya bahan)
  • 100 gm udang / ayam / daging
  • * kacang panjang, jagung muda, midin, tauhu kering (pucuk), cendawan cina
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) – dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit – dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah – ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih – ditumbuk halus
  • 2 – 3 sudu besar minyak masak – untuk menumis
  • 3 cawan pati santan
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • * mana-mana bahan ini boleh digunakan mengikut selera dan citarasa masing-masing
  • – sesuai dijadikan pencicah untuk dimakan bersama masak kemak nangka muda, umbut, sayur keladi dan lain-lain
  • – juga sesuai dimakan begitu sahaja
  • – bahan lain yang boleh digunakan mengikut selera sendiri ialah seperti sotong, rebung, umbut, nenas, lobak merah, ubi kentang, bunga kantan dan lain-lain yang sesuai
CARA PENYEDIAAN
  • Tumiskan bawang.
  • Masukkan samada udang, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  • Masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  • Biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua bahan sayur dan bahan hiris tadi.
  • Masukkan pula pati santan dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  • Sesuaikan rasa dan angkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago