Bubur Nasi Qashira

Sekali-sekala pekena bubur sedap jugak. Silalah cuba.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Nasi Qashira

Sekali-sekala pekena bubur sedap jugak. Silalah cuba.

BAHAN-BAHAN

  • 240 gm beras
  • 750 ml air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 cm halia
  • 1 helai daun pandan
  • 2 keping dada ayam (potong dadu)
  • 100 gm daging kisar
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu makan lada putih
  • 500 ml santan pekat
  • 1 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 helai daun ketumbar
  • 1/2 sudu teh stok ayam (kalau suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan beras dan air, masak atas api sederhana sehingga lembut.
  • Kemudian panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, halia.
  • Masukkan daging kisar dan ayam yang telah dipotong dadu tadi.
  • Selepas itu baru masukkan serbuk lada putih dan serbuk kari, daun pandan, perasa ayam dan garam secukup rasa.
  • Bila sudah masak, campurkan semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk rebusan bubur.
  • Bila bubur sudah hampir masak, masukkan santan dan masak hingga pekat.
  • Bolehlah dihidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Taburkan juga bawang goreng. Rasanya lebih umpphh sekiranya dimakan dengan kicap pedas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago