Project Description

Bagaimana cara nak masak Bubur Kanji Cara Utara?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Kanji Cara Utara

Bagaimana cara nak masak Bubur Kanji Cara Utara?

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan beras (Direndam 30 minit dan tuskan) 
  • 4 cawan air 
  • 1 inci halia (Diketuk)
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 3 cawan santan cair 
  • 2 sudu makan udang kering 
  • 15 ekor udang segar sederhana (Dibuang kulit) 
  • 1 sudu teh halba 
  • ½ sudu teh lada hitam (Ditumbuk kasar) 
  • 5 ulas bawang merah (Dihiris) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Daun sup dan daun bawang (Dihiris) 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Masakkan beras dengan air, halia, dan serai di dalam kuali non-stick sehingga beras kembang. 
    2. Masukkan santan, udang kering, udang segar, halba, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Tutup api. 
    3. Panaskan minyak masak di dalam kuali lain dan gorengkan bawang merah sehingga kekuningan. 
    4. Tuangkan minyak dan bawang goreng tadi ke dalam periuk bubur. 
    5. Tutup periuk selama 5 minit. Kemudian kacau sebati. 
    6. Taburkan daun sup dan daun bawang. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.