Bubur Kacang Hijau

Nampak ringkas, senang dimasak dan senang dimakan. Kalau disejukkan lagi sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Kacang Hijau

Nampak ringkas, senang dimasak dan senang dimakan. Kalau disejukkan lagi sedap!

BAHAN-BAHAN

  • Kacang hijau – direbus bersama air sehingga empuk
  • Gula hitam – agak-agak sendiri, kalau yang suka manis bolehlah lebihkan
  • Santan – agak-agak sendiri, mahu cair atau pekat
  • Sedikit halia – jika suka, gunakan daun pandan pun boleh, halia bagus sebab buang angin
  • Garam – secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Setelah kacang direbus empuk, masukkan halia atau daun pandan, gula, santan dan sedikit garam.
  • Kacau hinggalah sebati dan sedap rasa, sesiapa yang suka durian, bolehlah masukkan durian sekali, jadilah bubur kacang hijau durian.
  • Jangan terlalu pekat, nanti bila sejuk, kuahnya meresap pada kacang, jadi pekat pula. Bila rebus kacang (bila sudah empuk), sebelum masukkan bahan-bahan yang lain, boleh tambahkan sedikit lagi air supaya ada kuahnya.
  • Senangkan? Pertama kali buat bubur kacang…menjadi pula tu, sedap! Kemudian diletak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagilah sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago