Bubur Kacang Berdurian

Gambar tak nampak sangat buburnya..kamera tak berapa cantik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Kacang Berdurian

Gambar tak nampak sangat buburnya..kamera tak berapa cantik.

BAHAN-BAHAN

  • 12 ulas durian yang telah dicarik isinya
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan kacang hijau
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1/2 cawan jagung dalam tin
CARA PENYEDIAAN
  • Kacang hijau terlebih dulu direndam selama 3-4 jam dengan air suam supaya cepat kembang bila dimasak.
  • Tuang santan ke dalam periuk. Masukkan kacang dan sentiasa gaulkan supaya kacang cepat kembang & lembut.
  • Apabila kacang sudah agak kembang & lembut, masukkan gula.
  • Bila gula sudah larut, masukkan jagung & durian. Isi durian yang dicarik turut dimasukkan sekali.
  • Sekiranya kurang rasa manis, tambah lagi sukatan gula. Bagi yang menggunakan santan dalam peket, tambah susu cair setengah tin kecil.
  • Bila sudah mendidih, bolehlah dimakan sebagai pencuci mulut.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago