Bubur Ikan Bersantan

Resipi ini dapat daripada makcik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Ikan Bersantan

Resipi ini dapat daripada makcik.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan beras
  • 8 cawan air
  • 2 ekor ikan kembung sederhana besar (ikan lain pun boleh)
  • 7 hingga 8 batang sayur bayam(ambil daunnya sahaja)
  • 1 biji kelapa ambil santannya
  • 5 biji bawang kecil (2 biji ditumbuk, 3 biji dijadikan bawang goreng)
  • 3 biji bawang putih ditumbuk
  • Garam dan Ajinomoto secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Beras dibasuh kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan air bersama dengan bawang kecil dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. (Macam masak bubur nasi).
  • Sementara itu, goreng ikan tadi tanpa garam. Kemudian buang durinya dan tumbuk isinya.
  • Bila bubur dah masak masukkan santan, isi ikan yang telah ditumbuk dan daun bayam. Tambahkan sedikit garam dan Ajinomoto. Tambahkan air jika bubur terlalu kering atau pekat.
  • Kacaukan bubur tu biar sebati. Bila semua dah masak dan rasa pun dah cukup, matikan api dan taburkan bawang goreng tadi.
  • Sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago