Bagaimana cara nak masak Bubur Gandum Simple?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Gandum Simple

Bagaimana cara nak masak Bubur Gandum Simple?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Sedikit garam 
  • Air secukupnya
  • Bahan B (Air gula)
  • ½ cawan gula pasir 
  • 1 sudu makan gula merah 
  • 3 helai daun pandan 
  • 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN
    1. Bancuh tepung dengan ½ cawan air dan sedikit garam. Uli hingga menjadi satu doh (biar keras sedikit). 
    2. Guntingkan mengikut saiz kesukaan anda. 
    3. Masakkan air anggaran ½ periuk sehingga mendidih. 
    4. Masukkan tepung yang telah digunting tadi. Kacau supaya ia tidak melekat. 
    5. Bagi membuat air gula, masakkan bahan B hingga mendidih dan tapiskan ke dalam periuk lain. 
    6. Masukkan tepung yang direbus tadi ke dalam periuk berisi air gula dan masakkan sehingga mendidih. 
    7. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau supaya tidak pecah minyak sehingga mendidih. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN