Project Description

Bagaimana cara nak masak Bubur Caca?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Caca

Bagaimana cara nak masak Bubur Caca?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • ½ ketul ubi keledek putih 
  • ½ ketul ubi keledek biru 
  • ½ ketul ubi keledek oren 
  • ¼ biji labu kuning 
  • 3 biji pisang nangka 
  • 1 cawan caca kering 
  • 1 tongkol jagung (Dihiris) 
  • 2 sudu makan sagu mata ikan 
  • 2 cawan santan pekat 
  • ½ sudu teh garam 
  • 3 helai daun pandan (Disimpul) 
  • Air secukupnya (Bagi merebus)
  • Bahan B (Air gula)
  • 3 cawan air 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 2 sudu makan gula merah
CARA PENYEDIAAN
    1. Ubi keledek dan labu dikupas kulit. Potong kecil dan basuh. 
    2. Rebuskan keledek sehingga empuk dan tuskan airnya. 
    3. Pisang dibuangkan kulit dan dipotong serong. 
    4. Caca kering dimasakkan dengan 3 cawan air sehingga kembang. 
    5. Bagi membuat air gula, masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. 
    6. Masukkan keledek, labu, jagung, sagu mata ikan, air gula, garam, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih. 
    7. Masukkan pisang dan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak. 
    8. Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.