Project Description

Bagaimana cara nak masak Buah Molong?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Buah Molong

Bagaimana cara nak masak Buah Molong?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 cawan tepung pulut 
  • Sedikit garam 
  • ½ cawan air 
  • Sedikit kapur (Dibancuh & tapis)
  • Pewarna hijau, merah, kuning
  • Bahan B (Kuah)
  • 1 cawan santan pekat 
  • ½ cawan gula pasir 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan tepung pulut dan garam ke dalam mangkuk. 
    2. Masukkan air kapur sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi bebola doh tidak melekat di tangan. 
    3. Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna berbeza pada setiap bahagian dan gaulkan sebati. 
    4. Bentukkan bebola kecil dan ketepikan. 
    5. Masakkan air ke dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan bebola kecil. Biarkan sehingga timbul. 
    6. Apabila bebola timbul, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air. 
    7. Masakkan santan, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam sehingga 
      mendidih sambil sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak. 
    8. Masukkan bebola tadi dan kacau rata. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.