Brownies Lapis Cheese Kukus

Brownies yang ada lapis keju di tenghah-tengah. Sedap, lemak berkrim. Sesiapa yang tidak jumpa campuran tepung brownies segera, boleh rujuk resipi ‘Cakey Brownies. Ambik adunan coklat resipi itu dan buat 1 1/2 adunan or gandakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Brownies Lapis Cheese Kukus

Brownies yang ada lapis keju di tenghah-tengah. Sedap, lemak berkrim. Sesiapa yang tidak jumpa campuran tepung brownies segera, boleh rujuk resipi ‘Cakey Brownies. Ambik adunan coklat resipi itu dan buat 1 1/2 adunan or gandakan.

BAHAN-BAHAN

  • *500g campuran brownies kukus segera
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g serbuk penaik
  • *5g soda bikarbonat
  • Inti krim keju:
  • 250g krim keju
  • 60g gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • Nota: Campuran brownies tu boleh cari di kedai yang menjual bahan bakeri
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan bertanda * dalam pengadun. Pukul dengan kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit.
  • **untuk inti**
  • Inti: Campur semua bahan bagi inti, kecuali telur. Pukul sampai kembang.
  • Kemudian, masukkan telur…pukul lagi. Pukul sekejap sahaja untuk meratakan adunan.
  • ##cara lapis##
  • Melapis: Masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas minyak. Kukus selama 15 minit.
  • Masukkan pula inti…dan kukus selama 15 minit lagi.
  • Masukkan baki brownies kukus, kukus selama 20 minit.
  • **Balut tutup kukus dengan kain/tutup loyang dengan lapisan aluminium. Selepas itu, kukus dengan api besar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago