Bolognese Lasagna de italia

Resepi Sempena Kekalahan Euro 2012 Italy kepada Spain

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bolognese Lasagna de italia

Resepi Sempena Kekalahan Euro 2012 Italy kepada Spain

BAHAN-BAHAN

  • 6 Keping Kulit Lasagna (San Remo Oven Ready)
  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 keping daging oblong Ramlee
  • 1 Tin Prego traditional
  • 4 sudu cili boh/cili kering rebus & kisar
  • Serbuk Oregano
  • Serbuk Italian Herbs
  • 3sudu Tomato Puree
  • 1 Cendawan Butang Dalam Tin.
  • 3 cawan susu segar
  • 4 Sudu besar Cream Cheese
  • 2 Sudu Majerin & 2 Sudu Tepung gandum
  • Keju Mozarella
  • Garam, Gula & Ajinomoto
CARA PENYEDIAAN
  • Cara Membuat Sos Bolognese
    1. Tumis Bawang putih, cili kisar, dan daging oblong yang dihancurkan.
    2. Masukkan Sos Spagetti Prego, Tambahkan 2 sudu tomato puree, serbuk lada hitam, garam & gula. masukkan juga serbuk oregano
  • Cara Membuat Sos Putih
    1. Panaskan majerin, tutup api, masukkan tepung gandum & gaulkan hingga rata & menjadi pes.Masukkan Susu segar, kacau hingga rata, hidupkan api dengan perlahan dan masukkan cream cheese. Kacau hingga pekat
  • Sediakan Loaf pan, Susun kulit lasagna, sos putih & sos bolognese, taburkan parutan keju mozarella & tutup semula dengan kepingan kulit yang kedua. ulang proses hingga penuh. Pastikan sos putih dalam keadaan panas dan menutupi keseluruhan lasagna.
  • Untuk Lapisan paling atas, taburkan keju mozarella dengan banyaknyer. Ambil kepingan lasagna, masukkan dibahagian tepi (dinding loaf) bakar dalam oven 180c selama 40minit.
  • Keluarkan dari oven.. sejukkan dulu baru potong & hidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago