Pancake menggunakan jem blueberi. Boleh ditukar dengan lain-lain jem

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry pancake

Pancake menggunakan jem blueberi. Boleh ditukar dengan lain-lain jem

BAHAN-BAHAN

  • 100g jem blueberry
  • 2 biji telur
  • 120g tepung gandum – ayak
  • 1 sudu besar susu tepung -ayak
  • 1 sudu kecil baking powder – ayak
  • 2 sudu besar air
  • 40g mentega cair
  • 40g gula
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan telur,gula,air dan jem ke dalam mangkuk.Kacau sekejap dgn “hand whisk”
  • Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
  • Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
  • Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
  • Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
  • Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
  • Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.
  • ** Note :-
  • Pancake ni rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
  • Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.
  • Ada org blend je semua bahan-bahan tu. Terpulanglah pada masing-masing. Saya buat ikut cara di atas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN