Blueberry Jem Muffin

Boleh ganti dengan apa sahaja jem kegemaran.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1jam 15min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Jem Muffin

Boleh ganti dengan apa sahaja jem kegemaran.

BAHAN-BAHAN

  • 70g butter-suhu bilik
  • 60g gula
  • 1 biji telur-suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • 4 sudu besar susu segar
  • 100g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • blueberry jem secukupnya.
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
  • Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dengan esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
  • Ayakkan tepung + baking powder ke dalam nombor 2. Kacau dengan spatula.
  • Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.
  • Note: Blueberry jem yang saya guna adalah buat sendiri ikut resepi strawberry jam. Kalau guna jem yang siap dibeli mungkin lebih manis. Jadi perlu kurangkan sedikit gula dalam adunan muffin.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago