My 14 yr old son suka sgt mkn ni, so this time I suruh dia buat sendiri (under supervision lah). Proud giler sbb 1st time pegi dapur & buat cheesecake, jadi pulak….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Cheesecake (baked)

My 14 yr old son suka sgt mkn ni, so this time I suruh dia buat sendiri (under supervision lah). Proud giler sbb 1st time pegi dapur & buat cheesecake, jadi pulak….

BAHAN-BAHAN

  • BASE:
  • 110g Butter – cairkan
  • 200g Biskut digestive – klu xde, apa2 biskut pun boleh
  • 50g Almond flakes – toast
  • FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon – grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
  • 30g Tepung jagung – ayak
  • 200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)
  • 4 biji Telur – pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling
  • TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling
CARA PENYEDIAAN
  • Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  • Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  • Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  • Bakar dlm “water bath” dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. (Along selalu nya malas nak “water bath”, so bakar mcm tu je – lebih baik sbb nanti base tu lebih crispy)
  • Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  • Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN