Blueberry Cheese Tart

Blueberry cheese tart ni jadi kegemaran keluarga eryne… Sedap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Cheese Tart

Blueberry cheese tart ni jadi kegemaran keluarga eryne… Sedap…

BAHAN-BAHAN

  • PASTRY (resepi chef anuar)
  • 160g butter
  • 80g gula castor
  • 1 st vanilla esen
  • sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • BAHAN ISIAN CHEESE
  • 250gm cream cheese (Philadelphia)
  • 3/4 cwn gula icing
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn whipping cream
  • 1 camca teh esen vanila
  • Blueberry filling secukupnya
  • *Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.
CARA PENYEDIAAN
  • Utk Doh Pastri:
    Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
  • Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
  • Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
  • Tekan doh pada acuan tart.
  • Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.
  • Utk bahan isian cheese:
    Pukul cheese dan gula hingga sebati
  • Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
  • Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
  • Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
  • Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago