Nama lain ialah Rusuk Bebiri Berlada Hitam… Penyediaan dan bahan yg mudah. Cuma kalau nak makan hari ni, semalam dah kena sediakan utk diperap
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Black Pepper Lamb Rib
Nama lain ialah Rusuk Bebiri Berlada Hitam… Penyediaan dan bahan yg mudah. Cuma kalau nak makan hari ni, semalam dah kena sediakan utk diperap
BAHAN-BAHAN
- 350 ~ 450 gram daging rusuk kambing biri-biri (sekeping)
- 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar (sebab suka pedas)
- 1 sudu besar gula merah
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 1 sudu teh daun selasih (yg kering)
CARA PENYEDIAAN
- Gaul semua bahan2 kecuali butter dan perapkan dengan daging semalaman di dalam peti ais.
- Sapukan Butter sebelum mula membakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 hingga 25 minit ataupun sehingga permukaan daging nampak garing. Boleh juga menggunakan kuali tidak melekat utk menggorengnya (perlu letak sesudu butter).
- Siap dan boleh dihidangkan dengan sayur kesukaan. Makan dengan mayonis sedap ni…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.