Biskut Tart Nenas Hantaran

Sume tau wat tart nenas kan?? yg ni special sket sesapa yg minat kraf dr cookies leh lah cuba… bgi yg rajin cam kak wan :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Tart Nenas Hantaran

Sume tau wat tart nenas kan?? yg ni special sket sesapa yg minat kraf dr cookies leh lah cuba… bgi yg rajin cam kak wan :)

BAHAN-BAHAN

  • 250gm mentega
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • Jem Nenas (Ready Made)
  • Bahan Glaze/pengilat
    Putih telur secukupnya
    sedikit air
  • pewarna yang diperlukan
  • Berus kecil untuk mewarna
  • Boleh juga mengguna kuning telur utk mengilat tapi biskut kelihatan retak apabila masak
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan mentega dan gula, gaul rata. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. Gaul hingga rata, jika adunan lembik tambah gandum hingga adunan tidak melekat di jari.
  • Sukat 1/2 sudu besar setiap doh (Sudu matrix). Leperkan adunan dan masukkan jem nenas yang digentel ditengahnya. Bentukkan menjadi buah-buahan yang disukai.
  • Bakar dalam oven suhu 160’C selama 20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu
  • Apabila biskut telah sejuk, ambil sedikit putih telur campurkan beberapa titik pewarna dan warnakan dengan berus kecil setiap biskut tadi mengikut warna buah-buahan.
  • Bakar semula selama 5 minit untuk mengeringkan putih telur.
  • Hias di dalam bakul roti atau bakul rotan mengikut kreativiti. Ingat tak seni bakul roti dlm dapur kak wan..
  • Boleh guna lain-lain resipi tart nenas tpi jangan dari doh yang gebu kerana biskut cepat rosak..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago