?Biskut Susu Marble™

Tak banyak guna bahan..adunan yang juga boleh divariasikan…kukis yg lemak,ringan dan garing… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Biskut Susu Marble™

Tak banyak guna bahan..adunan yang juga boleh divariasikan…kukis yg lemak,ringan dan garing… :)

BAHAN-BAHAN

  • 125 g mentega lembut (1/2 buku)
  • 95g susu pekat manis (1/4 tin)
  • 1/2 sb gula halus/icing (opt)
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri – ayak
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sb serbuk koko – ayak
CARA PENYEDIAAN
  • Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)
  • Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.
  • Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.
  • Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.
  • Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
  • Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.
  • Bulatkan dan bakar hingga garing.
  • Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.
  • Untuk biskut susu choc chip hanya tambah 1/4 cawan choc chip atau secukupnya,gaul rata,bulat2kan dan bakar hingga garing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago