Biskut Marmar Caries

susah nak dapat resipi ni..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Marmar Caries

susah nak dapat resipi ni..

BAHAN-BAHAN

  • 400 gm/ 4 cawan tepung gandum
  • 300 gm mentega ( 250 gm + 50 gm )
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 100 gm / 1 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • KRIM
  • 2 biji putih telor
  • 150 gm/ 1 1/2 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil membumbung tepung jagung
  • Sedikit serbuk coklat/coklat emulco/warna pilihan
CARA PENYEDIAAN
  • ADUNAN BISKUT
  • Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanila sehingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
  • Canai setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan berbentuk ‘love’..
  • Sapu krim putih dengan jari dengan cara enjut jari pada krim, sapu sampai rata. Semasa mengenjut, jari tidak menyentuh permukaan biskut.
  • Lorek permukaan krim tadi dengan krim coklat menggunakan lidi sate/ pencungkil gigi. Lorek mengikut kreativi sendiri.
  • Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit – sehingga masak. Siap..
  • ADUNAN KRIM : Masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecil, agak2 senang untuk di pukul dengan mixer..
  • Pukul sehingga pekat dan berkilat. Angkat pemukul, jika adunan yang melekat pada mixer tu tak meleleh turun dengan lajunya , maka elok lah tu..lebih kurang 3 – 4 minit dengan cara putar pelahan dulu, pastu speed laju dan pelahan semula. Berulang2 sehingga adunan itu terasa semakin pekat…pukul terlalu lama pun tak bolih juga..adunan yang terlalu keras menyebabkan krim tadi akan longkah/ terasing dari biskut..jadi agak2 lah semasa memukul.
  • Asingkan krim tadi anggaran 2 sudu makan ke dalam sebiji mangkuk kecil. Kemudian masukkan pes coklat atau sedikit serbuk coklat atau apa2 warna yang di sukai..untuk di lorek di atas krim putih yang telah di sapu di atas biskut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago