Biskut Mama Carey

Bagaimana cara nak masak Biskut Mama Carey?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Mama Carey

Bagaimana cara nak masak Biskut Mama Carey?

BAHAN-BAHAN

  • 300 g mentega
  • 100 g gula aising
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 350 g tepung gandum (diayak)
  • 120 g tepung jagung (diayak)
  • 1 biji putih telur
  • 90 g gula aising (diayak)
  • 15 g tepung jagung (diayak)
  • 1 sudu teh pes coklat
  • Beberapa batang pencungkil gigi
CARA PENYEDIAAN
  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, tepung gandum, dan tepung jagung. Gaul sebati.
  3. Canai dan terap dengan acuan yang disukai. Susunkan ke atas dulang pembakar. Ketepikan.
  4. Pukul putih telur bersama gula aising dan tepung jagung sehingga ringan.
  5. Asingkan sedikit gula aising dan warnakan dengan pes coklat.
  6. Sapukan aising warna putih atas biskut.
  7. Celupkan pencungkil gigi ke dalam aising coklat dan lorekkan ke atas permukaan aising putih tadi.
  8. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150°C api bawah sahaja selama 15-20 minit.
  9. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago