selalu makan biskut ni masa kecik2 dulu…..sape suka makan biskut ada buah-buahan…boleh la cuba…..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biskut Malaysia (buah buahan)
selalu makan biskut ni masa kecik2 dulu…..sape suka makan biskut ada buah-buahan…boleh la cuba…..
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan mentega ( nak pakai butter pun boleh,tapi saya suka pakai planta)
- 3/4 cawan gula halus ( kalau suka manis bleh letak 1 cawan)
- 1 cawan tepung kastard
- 1 biji telur ayam ( ambil merahnya saja)
- 1 camca teh baking powder
- 1/2 cawan kismis yg di dicincang
- 1/2 cawan buah ceri yg dicincang ( saya letak ceri merah n hijau)
- 1 camca teh esen vanila
CARA PENYEDIAAN
- putarkan mentega dengan gula hingga mentega bertukar warna…(tak yah lama sgt)
- isi esen vanila dan telur….putar kasi rata je….
- lepas tu…ayak tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ( sekali je). kemudian masukkan tepung dalam adunan tadi. guna kaedah kaub balik je…gaul sampai rata….
- bila dah rata…masukkan buah buahan tadi….gaul rata….
- lepas tu, boleh la dipanaskan oven dulu selama 20 minit. guna 160 c..( saya pakai fan…kalau tak dek fan boleh naikkan lagi suhu)
- kemudian boleh la bentuk kan biskut……masukkan sikit adunan kedalam paper cup….tekan2 skit adunan tu kasi rata….
- bila oven dah cukup panas…boleh la masukkan adunan biskut tadi….masak selama 20 – 25 minit….pastikan warna biskut tu dah bertukar brown baru angkat…..(biskut ni lebih sedap bila…bahagian atas dan bawah dia dah betukar warna )
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.