Biskut Jejari Kelapa / Coco Fingers

Biskut tradisional yang di modenkan .. cair di mulut!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Jejari Kelapa / Coco Fingers

Biskut tradisional yang di modenkan .. cair di mulut!

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan
  • 230gm mentega
  • 200gm tepung ubi
  • 100gm tepung jagung
  • 100gm tepung gandum
  • 80gm gula ising
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 tsp esen vanila
  • 50gm kelapa kering – di kisar halus
  • 3-4 Tbsp santan KARA
  • Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih – dicairkan
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
  • Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening. Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.
  • Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 – 30 minit.
  • Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.
  • *** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.
  • *** Biskut ini mesti di terap dengan segera kerana dohnya mudah mengeras selepas sejam atau lebih. Terap lebih tebal kerana teksturnya agak lembut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago