Biskut tradisional yang di modenkan .. cair di mulut!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biskut Jejari Kelapa / Coco Fingers
Biskut tradisional yang di modenkan .. cair di mulut!
BAHAN-BAHAN
- Bahan-bahan
- 230gm mentega
- 200gm tepung ubi
- 100gm tepung jagung
- 100gm tepung gandum
- 80gm gula ising
- 1 biji kuning telur
- 1/2 tsp esen vanila
- 50gm kelapa kering – di kisar halus
- 3-4 Tbsp santan KARA
- Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih – dicairkan
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening. Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.
- Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 – 30 minit.
- Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.
- *** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.
- *** Biskut ini mesti di terap dengan segera kerana dohnya mudah mengeras selepas sejam atau lebih. Terap lebih tebal kerana teksturnya agak lembut.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.