Biskut Gajus

Resepi olahan sendiri. Sempena Eidulfitri 2012

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Gajus

Resepi olahan sendiri. Sempena Eidulfitri 2012

BAHAN-BAHAN

  • 225 g Mentega (Dilembutkan pada suhu bilik)
  • 130 g Gula Castor/Icing
  • 1 biji Kuning Telur (Telur pada suhu bilik)
  • 380 g Tepung Gandum
  • 1 sudu teh Serbuk Penaik
  • 1/2 sudu teh Emplex (baru tau kegunaannya untuk merangupkan biskut)
  • 1 sudu teh Esen Vanila
  • 150 g Kacang Gajus (dipanggang dan kisar halus)
  • Kacang Gajus panggang untuk hiasan (kalo tak berapa rajin macam Opec ni, beli je yang dah siap. Hahahaa…)
  • Coklat masakan putih (untuk hiasan jugak)
  • 3 sudu teh Pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN
  • Krimkan mentega dan gula aising sehingga berwarna pudar. Masukkan secara berturut-turut kuning telur, esen vanila dan emplex. Krimkan lagi kurang lebih 3 – 5 minit dan masukkan pewarna hijau.
  • Satukan tepung gandum dan serbuk penaik lalu ayakkan bersama.
  • Masukkan gajus kisar dan campuran tepung ke dalam adunan mentega tadi. Gaul sehingga sebati (pada masa ini, adunan menjadi kental dan boleh digaul sehingga menjadi doh).
  • Canaikan doh dan terap menggunakan acuan yang disukai. Sambil itu, griskan loyang dengan lebihan mentega.
  • Susun doh yang siap diterap ke dalam loyang. Letakkan gajus panggang di atasnya. Bakar pada suhu 170’C selama 15 – 20 minit. Setelah masak, sejukkan di atas radai.
  • Kadang-kadang, gajus hiasan tadi akan tercabut. Tapi jangan risau. Heheheee… Cairkan coklat putih dengan sedikit mentega (kaedah double boil). Lorekkan di atas biskut tadi. Jadi, gajus yang tertanggal tu akan lekat semula. Bila coklat dan sejuk dan keras, simpan dalam bekas kedap udara.
  • Selamat mencuba. Sorry la. Opec buat takde la cantik mana. Al-maklumlah. Anak teruna belajo memasak. hahahaaa…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago