Bagaimana cara nak masak Biskut Coklat Rice Comel?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Coklat Rice Comel

Bagaimana cara nak masak Biskut Coklat Rice Comel?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 250 g mentega
  • 150 g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 50 g tepung jagung (diayak)
  • 240 g tepung gandum (diayak)
  • 20 g serbuk koko (diayak)
  • Bahan B (Hiasan)
  • 100 keping acuan kertas
  • 50 g chocolate rice
  • 50 g badam cencang halus
CARA PENYEDIAAN
    1. Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.
    2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
    3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, dan

      serbuk koko sedikit demi sedikit. Kacau rata.
    4. Gunakan acuan bunga cina ataupun dahlia bagi

      mencorakkan biskut.
    5. Pamkan adunan ke dalam acuan kertas dan hiaskan

      dengan chocolate rice dan badam cencang halus.
    6. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan

      pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 20-25

      minit ataupun sehingga masak.
    7. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN