dengan ikhlas hati Lia kata ambil resipi saya mama, sedap..semuga keikhlasan ini berpanjangan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Almond London

dengan ikhlas hati Lia kata ambil resipi saya mama, sedap..semuga keikhlasan ini berpanjangan..

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  • Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  • Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  • Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
  • Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
  • Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji – biji.
  • Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
  • Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN