Bihun sup perut

saya masak sup ni tanpa sup bunjut…alternatif utk yg nak masak sup tapi tak dek stok kat rumah..terima kasih kat kakbesah sebab melayan saya hari tu…kekekke :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bihun sup perut

saya masak sup ni tanpa sup bunjut…alternatif utk yg nak masak sup tapi tak dek stok kat rumah..terima kasih kat kakbesah sebab melayan saya hari tu…kekekke :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo perut
  • 1 kulit kayu manis
    1 bunga lawang
    3 bunga cengkih
    4 buah pelaga
  • 3 biji ubi kentang…potong kecil
  • 3 batang akar daun sup…ambik bhgn akar daun sup tadi dan cuci bersih..
  • 3 bawang putih diketuk
  • 2 hiris halia diketuk
  • 1 kiub ayam
  • 1-2 sudu besar rempah sup
  • 1/2 paket bihun
  • daun sup dan daun bawang dihiris
  • sayur sawi atau taugeh
  • garam dan gula
  • bawang goreng – kalau rajin buat la ye..
  • bahan blend – bahan ini hendaklah diblend lumat
  • 1 bawang besar
    4 bawang putih
    1 inci halia
  • 1/2 sudu besar ketumbar biji
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam putih biji
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 1/3 sudu kecil halba
CARA PENYEDIAAN
  • mula2 basuh perut bersih2 dan rendam dgn sedikit kapur bercampur air…biar hapus air tu…..lepas 1/2 jam cam tu…cuci bersih2 perut tadi..dan masukkan kedalam periuk….isi air dan ketuk sedikit halia dan masukkan kedalam periuk tadi….masak perut tadi hingga lembut…dah masak…toskan perut tadi dan hiris2 nipis….tepikan…(tips masukkan halia tu dari z..thanks ye z)
  • panaskan minyak sedikit didalam periuk…..kemudian tumis bahan2 blend…bila dah naik bau masukkan rempah 4 sekawan…bila nampak macam dah kering tumisan….masukkan rempah sup yg dibancuh dgn skit air….dah terbit minyak or rempah dah masak…..masukkan air….masukkan byk skit air nya….sebab nanti nak cedok skit air ni tuk masak dgn perut nanti….masukkan jugak kentang dan kiub ayam….masak hingga kentang empuk…tambah air lagi jika kurang…
  • bila dah masak kentangnya….ambik 1/3 sup tadi dan masukkan kedalam periuk lain….dlm periuk ni..isi perut….batang daun sup….2 hiris halia..dan 3 bawang putih yg diketuk tadi…masak hingga perut tadi bila kita makan dah rasa lembut….kemudian boleh la isikan garam skit sebagai perasa…
  • baki sup yg asal tadi..perasakan jugak dgn garam dan sedikit gula….kiranya kita masak sup tu asing dgn perut…saya buat cam ni sebab takut perut tu berbau….tapi sebenarnya tak pun…hehehhe..tapi tak pe…jalan selamat baik buat cam ni..:)
  • bihun direndam dgn air….panaskan skit air dalam periuk dan celor bihun tadi bila air dah didih….toskan…
  • ambik skit bihun dan isi dlm mangkok…letak taugeh…sawi yg dicelor, daun sup dan bawang yg dihiris…bawang goreng…dan kemudian cedok sup berisi perut dan sup yg lagi satu sebagai penambah kuah…
  • sup sedap dimakan dgn sambal kicap….ambik 10 cili padi…2 bawang putih…blend bahan ni…or tumbuk guna lesung..kemudian campurkan dgn kicap pekat manis
  • (nota: untuk sup ni boleh letak 1 sudu besar rempah kurma jika suka….tak ingat la masa hari tu masak sup ni saya letak ke tak…hehhehe…boleh jugak kalau nak tambah tulang or daging cincang kat dlm sup ni…tapi kena la rebus dulu tulang dan daging cincang tu…rebus je sekali dgn perut…kalau nak guna sup bunjut yg segera tu pun boleh..lepas tumis sup bunjut tu..dah masukkan air semua…bila dah didih….kuarkan sup tu..lepas tu bukak kain dia dan ambik isi kandungan sup dan blend dgn sedikit air dan tapiskan air rempah tadi kedalam periuk…boleh blend 2-3x…)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago