Best No Bake Cheesecake

Resipi ini saya dapat dari Allrecipes.com tapi olah resipinya seperti berikut untuk mengikut citarasa keluarga dan juga untuk lebih memantapkan adunan kek keju untuk cuaca di sini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Best No Bake Cheesecake

Resipi ini saya dapat dari Allrecipes.com tapi olah resipinya seperti berikut untuk mengikut citarasa keluarga dan juga untuk lebih memantapkan adunan kek keju untuk cuaca di sini.

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan biskut Digestive, dihancurkan
  • 2/3 cawan gula perang, dipadatkan
  • ¾ sudu teh serbuk kayu manis
  • 2/3 cawan mentega, dicairkan
  • 2 (8 oz) krim keju
  • 2 sudu makan coklat emulco
  • 2 sudu besar serbuk gelatin
  • ½ cawan air panas
  • 2 cawan krim putar
  • 2/3 cawan gula
  • 1 tin jem/ekstrak strawberi (untuk lapisan atas)
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam mangkuk yang kecil, campurkan biskut, gula perang dan serbuk kayu manis. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati. Tekan adunan ini ke dasar loyang berukuran 9 inci. Sejukkan sehingga biskut keras sedikit.
  • Dalam mangkuk pengadun, masukkan krim putar dan pukul dengan kelajuan laju sehingga ia kental. Angkat dan ketepikan.
  • Serbuk gelatin dicampurkan dengan air panas dan dikacau sehingga ia larut. Ketepikan.
  • Pukul krim keju, gula, emulco sehingga sebati. Masukkan bancuhan gelatin yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan krim putar dan pukul adunan sehingga ia sebati dan rata.
  • Tuang adunan ke atas biskut yang telah disediakan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama berapa jam atau semalaman. Sebelum dihidang tuangkan jem/ekstrak strawberi dan kemudian keluarkan kek dari loyang.
  • NOTA: Sekiranya anda inginkan kek perasa original gantikan 2 sudu makan emulco dengan 2 sudu makan jus lemon. Boleh juga gunakan inti beri biru/’blueberry’.

    Bergantung kepada jenis krim putar yang anda gunakan, sekiranya kek anda agak tidak mengeras dan mantap, boleh masukkan ke dalam pembeku selama 1 jam dan kemudian keluarkan dan potong dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago