Resipi dari kawan lama.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Beriani Dam Mudah

Resipi dari kawan lama.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo daging (potong 8)
  • Kisar:- 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, 3 biji lada hijau.
  • 1 batang serai dititik
  • 3 sudu makan Cili sos
  • 3 sudu makan tomato sos/ puree
  • 3 sudu makan rempah beriani (boleh lebihkan kalu suka)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan daun pudina (cincang)
  • 1/2 cawan daun ketumbar (cincang)
  • 4 biji Buah tomato (belah empat)
  • Secukup lada hijau dan merah (belah dua)
  • 1 tin minyak sapi (boleh 1/2 minyak sapi +minyak masak tanpa kolesterol)
  • 1 cawan bawang goreng
  • Bahan untuk nasi
  • 4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
  • *2 inci halia, 3 biji, cengkih, pelaga, 3 inci kayu manis, 2 helai daun pandan.
  • Secukup air untuk celur beras.
  • Garam secukup rasa
  • sedikit air mawar dan koma2/pewarna kuning
  • 1/2 tin susu cair
  • Untuk taburan:- Daun pudina/ketumbar, gajus/badam bakar, kismis.
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus daging bersama bahan kisar hingga mendidih. Air jangan banyak sangat. sekadar menutupi daging.
  • Masukkan semua bahan diatas kecuali bawang goreng dan daun2. Masak hingga kuah pekat, baru lah masukkan daun2 dan bawang goreng Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  • Bila dah agak kering rempah nya dan terbit minyak, keluarkan minyak nya sahaja dan ketepikan. (nak guna utk nasi)
  • Pastikan kuah beriani dah betul kering dan bersalut pada daging, angkat dan ketepikan. Jangan cuci periuk (nak bubuh nasi.)
  • Dalam periuk yang lain, rebus air bersama bahan bertanda * hingga mendidih. Jangan lupa garam secukup rasa. Ambil sedikit air yang mendidih tu, untuk rendam koma2 (kalu guna)
  • Masukkan beras, dan rebus hingga 3/4 masak, keluarkan beras di tapisan dan buang air rebusan.
  • Masukkan 1/2 bahagian nasi kedalam periuk daging tadi, susun kan pula daging menutupi nasi. tabur sedikit bawang goreng, daun pudina dan ketumbar, gajus/badam
  • Tutup lapisan daging dengan baki nasi yang 1/2 bahagian lagi, ratakan dan bubuh beberapa ketul lagi daging. Tuangkan susu cair dan minyak yang diketepikan tadi serata, titiskan pewarna dan sedikit air mawar dan bahan taburan lagi. Tutup periuk rapat2 dan tanak atas api kecil, hingga naik wap dan nasi masak sepenuhnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN