Begedil Ikan

Resipi ibu mertuaku.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Begedil Ikan

Resipi ibu mertuaku.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji kentang saiz sederhana – rebus dan lenyek
  • 5-6 ekor ikan kembung saiz kecil – rebus, ambil isinya dan lenyek
  • 3 ulas bawang kecil – dihiris nipis
  • 1 tangkai cili merah – cincang
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 1/4 sudu lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu serbuk pati ikan bilis (jika suka)
  • Sebiji telur
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan semua bahan di atas kecuali telur.
  • Ambil sedikit adunan, kepalkan membentuk bulat kemudian leperkan sedikit, ulang hingga selesai.
  • Panaskan minyak, pukul telur hingga sebati.
  • Celup begedil ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.
  • Sedia untuk dinikmati bersama nasi dan lauk-pauk yang lain.
  • Kalau tiada ikan kembung, guna ikan tenggiri pun boleh, bagi perantau-perantau yang susah jumpa ikan kembung guna sahaja ikan sardin dalam tin. Kesedapannya tetap terserlah!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago