Resepi olahan sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bawal masam manis

Resepi olahan sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan bawal – bersihkan, kelar & gaulkan dgn garam kunyit
  • 1 labu bawang besar – potong dadu
  • 4 ulas bawang putih – ketuk / potong dadu
  • 2 cm halia – ketuk / mayang nipis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-4 inci Timun – potong dadu
  • 1 biji tomato – buang biji & potong
  • 1 tin kecil nenas- yg siap potong dadu
  • 1/2 potong capsicum / cili padi – potong dadu
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ikan hingga garing & ketepikan.
  • Panaskan minyak & tumiskan bawang besar, bawang putih & halia sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, belacan, sos cili, sos tomato & sos tiram. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan gula & garam secukup rasa. Tambah air jika perlu.
  • Masukkan timun, tomato, nenas & capsicum. Gaul sehingga semua masak rata. Jgn terlalu layu lak.
  • Bila kuah agak pekat angkat & tuangkan atas ikan yg siap digoreng tadi.
  • Siap utk dihidangkan & makan bersama2 nasi. Selamat mencuba….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN