Banana Kek Special

rasepi dari mak saudara

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Kek Special

rasepi dari mak saudara

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula halus
  • 8 biji pisang berangan (dilenyek dahulu)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh esen pisang
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 5 biji telur (gred c)
  • secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan pisang yang telah dilenyek dengan minyak dan garam. Gaul sebati. Biarkan seketika.
  • Pukul telur ( samada guna blander biasa atau mixer), saya guna blander saja. Bland sampai naik buih halus atau lebih kurang 1 minit. Masukkan gula halus, susu pekat, esen pisang dan esen vanila. Bland sekali lagi hingga sebati.
  • Campurkan tepung dengan soda dan ayakkan dahulu. Kemudian masukkan campuran telur kedalam adunan pisang tadi. Gaul rata.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam adunan yang telah dicampurkan tadi dan kacau hingga sebati ( gunakan sudip yang sesuai atau mixer) sampai sebati.
  • Sapukan acuan kek dengan mentega secara nipis dan layang atas api dahulu secara pantas dan taburkangandum pada acuan td untuk mengelakkan kek dr melekat dan senang untuk dikeluarkan apabila sejuk. Sebagai petua dari Chef Wan.
  • Masukkan adunan td dalam acuan tersebut dan bakar selama 30-40minit pada suhu 150 darjah celcius. (saya gunakan acuan bulat dan bakar atas dapur gas sahaja)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago