Banana Choco Nestum Spread

Sapuan (spread) utk dimakan bersama roti @ biskut, juga boleh dimakan bersama bubur oat segera utk sarapan pagi atau bila masa anda mahu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Choco Nestum Spread

Sapuan (spread) utk dimakan bersama roti @ biskut, juga boleh dimakan bersama bubur oat segera utk sarapan pagi atau bila masa anda mahu…

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji pisang rastali (atau pisang lain yg sedap dimakan mentah)
  • 1/2 cawan serbuk koko @ 3/4 cawan parutan coklat masakan @ 3/4 cawan Milo
  • 3/4 – 1 cawan bijirin Nestum
  • 1/2 cawan susu segar/susu sejat
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil perasa vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam satu periuk sederhana besar, lenyekkan pisang tadi. Lumatkan pisang bergantung pada selera anda – kalau suka yg hancur betul, hancurkan betul2. Saya suka yg ada ketul2 pisang tu lagi – ala2 chunky gitu.
  • Gaulkan serbuk koko/parutan coklat masakan/Milo, letakkan periuk atas dapur, api sederhana. Kacau supaya sebati dan tidak hangus/melekat pada periuk.
  • Campurkan susu sedikit demi sedikit sambil tangan sebelah lagi kacau adunan coklat & pisang tersebut.
  • Masukkan garam & vanilla, kacau lagi. Pastikan adunan mendidih. Lepas mendidih, tutup api dan turunkan periuk dari dapur.
  • Bila dah kurang panas, kacau Nestum tadi dan boleh dibiarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Masukkan dalam botol/tupperware yg sesuai, simpan dlam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2 bulan sekiranya disimpan dengan baik di dalam peti sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago