Project Description

Resipi asal diambil dari majalah Anis. Dah lama simpan resipi ni. Baru 2 hari lepas yakin nak buat dan Alhamdulillah, menjadi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ban Bermanik

Resipi asal diambil dari majalah Anis. Dah lama simpan resipi ni. Baru 2 hari lepas yakin nak buat dan Alhamdulillah, menjadi.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm tepung gandum.
  • 80gm gula
  • 11gm ( 1 peket ) yis segera – asalnya 20gm
  • 50gm shortening/lemak sayuran
  • 1/2 tsp garam
  • 1 biji telur ayam
  • 300ml air (boleh dikurangkan)
  • colour rice secukupnya
  • 1/2 tsp bread improver
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung gandum + gula + yis + shortening + bread improver + garam + telur, diuli & masukkan air sedikit demi sedikit sehingga benar-benar sebati & menjadi sederhana lembut.
  • Potong doh seberat 50gm setiap bahagian & diuli menjadi bulat-bulat.
  • Biarkan doh bulat-bulat atau canai doh menjadi bentuk memanjang dan dipintal. Bubuh atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit shortening.
  • Tunggu doh kembang sekali ganda. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit colour rice.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 22 C selama 15-20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.