Donut yang dibakar dalam oven, bukan digoreng. Yis pun tak guna! Tapi masih rasa sedap macam biasa. So, sesaper yang tengah nak cepat tu, boleh lah buat donut ni. Topping boleh buat ikut suka, saya buat topping Hershey’s Milk Chocolate then tabur sprinkles. Yummy! :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Baked Donut

Donut yang dibakar dalam oven, bukan digoreng. Yis pun tak guna! Tapi masih rasa sedap macam biasa. So, sesaper yang tengah nak cepat tu, boleh lah buat donut ni. Topping boleh buat ikut suka, saya buat topping Hershey’s Milk Chocolate then tabur sprinkles. Yummy! :D

BAHAN-BAHAN

  • ½ cawan gula kastor
    2 sudu teh vanilla essence
    ½ cawan susu
    50g butter (dicairkan)
    2 cawan tepung (diayak)
    2 sudu teh baking powder
    1½ cawan gula aising
    1 biji telur
    Sprinkles warna-warni
CARA PENYEDIAAN
  • Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk.
  • Masukkan gula kastor, vanilla essence dan butter. Kacau rata sehingga berkrim.
  • Masukkan susu dan kacau lagi.
  • Tambah baking powder kemudian kacau.
  • Masukkan tepung dan kacau lagi. Bila kacau part ni, guna whisk aje. Tapi bila dah start nak jadi doh, guna spoon.
  • Tutup mangkuk yang ada doh tadi dengan cling film dan masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit supaya jadi keras sikit.
  • Lepas dikeluarkan, tabur sedikit tepung ke atas pencanai (juga tangan supaya tak melekat) dan canai sehingga doh jadi bola yang bulat dan kemas.
  • Canai atau tolak doh dengan tangan sampai jadi setebal 1 – 2 cm. Kemudian, potong doh guna acuan donut atau kalau tak ada, guna je benda lain. Contoh: Bulatan besar guna cawan, yang kecik guna penutup botol, etc.
  • Susun di loyang dan bakar sehingga masak.
  • Untuk topping, masukkan gula aising dan sedikit vanilla essence ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air panas. Jangan sampai cair atau pekat sangat. Kalau terlalu cair, tambah lagi gula aising. Kalau pekat sangat, tambah lagi air. Kemudian kacau sehingga jadi aising. Celup donut yang dah dibakar dalam aising dan tabur sprinkles.
  • Kalau nak chocolate topping, cairkan chocolate guna kaedah double boiling, kemudian tambah 2 – 3 sudu air panas/susu. Celupkan donut yang dah dibakar dan tabur sprinkles ke atasnya! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN