Resipi dari buku yang baru dibeli. Home Collection BREAKFAST.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bagels

Resipi dari buku yang baru dibeli. Home Collection BREAKFAST.

BAHAN-BAHAN

  • 15gm yis
  • 2 sudu makan minyak masak (ikut jenama yang diguna)
  • 2 sudu teh garam
  • 50 gm gula kastor
  • 500 gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
  • 250 ml air suam
  • 1 biji telur untuk sapuan
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan yis + air suam dan masukkan minyak.
  • Satukan tepung, gula dan garam. Kemudian, buat lubang di tengah-tengah dan masukkan bancuhan no.1 tadi. Ulilah tepung lebih kurang 10 minit. Setelah itu, tutup dengan kain lembap dan biarkan naik 2 kali ganda. ***Kalau ada mesin, masukkan saja semuanya dan pilih tetapan untuk doh.
  • Setelah doh naik 2 kali ganda, uli lagi dan bentukkan doh menjadi bulat dan lubangkan di tengah-tengah macam buat donut. Kemudian letakkan di atas loyang yang telah ditabur dengan tepung dan tutup dengan kain lembap untuk dibiarkan naik kali kedua. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 200C/gas 6.
  • Panaskan air dalam periuk dan kemudian masak bagel tadi dalam air selama 1 minit. Setelah itu, biarkan sejuk lebih kurang 5 minit.
  • Sapu bagel dengan telur yang telah dipukul. Bakar selama lebih kurang 20-25 minit atau sampai kekuningan.

    *** Bagel yang telah disapu dengan telur boleh juga ditaburkan dengan biji poppi atau bijan sebelum dibakar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN