Tanpa mentega atau minyak. Sesuai untuk diet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bagel

Tanpa mentega atau minyak. Sesuai untuk diet.

BAHAN-BAHAN

  • 300g tepung roti
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 170ml air
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga tidak melekat di tangan.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 5 minit.
  • Ambil satu biji doh. Canai seperti dalam gambar:
  • Lipat rapat seperti dalam gambar:
  • Kemudian cantumkan kedua-dua hujungnya. Buat sampai habis. Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
  • Panaskan air. Masukkan 1 sudu besar madu – tujuannya untuk bagel nampak berkilat. Masukkan bagel ke dalam air panas selama 30 saat. Kemudian balikkan ke sebelah satu lagi selama 30 saat juga.
  • Bila sudah siap langkah 6, terus masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 220C selama 20 minit.
  • Nota: Bagel ini keras sedikit, tidak macam roti biasa. Sesuai untuk dibuat sandwic.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN