Masakan Jawa

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Ungkep Bersantan

Masakan Jawa

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam-dipotong kecil
  • 2 cawan santan
  • 1 batang serai-dititik
  • Bahan Kisar
  • 4 labu bawang kecil merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 3 tangkai cili padi (kalau nak pedas boleh tambahkan cili)
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah dikisar dalam mangkuk dan perap 15 minit.
  • Setelah 15 minit ayam diperap masakkan ayam dan serai dalam kuali tanpa minyak dengan api sederhana dengan menutup ayam tersebut.
  • Ayam akan mengeluarkan air dan biarkan hingga kering.
  • Apabila ayam sudah kering masukkan santan, garam dan gula secukup rasa serta gaul hingga rata.
  • Akhir sekali apabila santan mendidih (jangan pecah santan) boleh matikan api.
  • Rasa ayam ungkep ini amat sedap sebab ayam serap rempah. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN