Ayam Taucu Pedas

Bagaimana cara nak masak Ayam Taucu Pedas?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Taucu Pedas

Bagaimana cara nak masak Ayam Taucu Pedas?

BAHAN-BAHAN

  • 600 g isi ayam (dipotong kecil)
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 biji cili merah             
  • 10 biji cili api               
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • (Cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar bersama)                 
  • 3 sudu makan taucu (dibasuh dan tapis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
  • 1 sudu teh gula
  • 1 pokok daun bawang (dihiris kasar)
  • Garam secukup rasa (sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong kecil ayam. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam dan gorengkan sehingga sebati dan lembut.
  4. Masukkan taucu, bawang besar, dan gula. Kacau sebati.
  5. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago