ayam sumbat bonda

resepi turun temurun keluarga kami yang sangat popular

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ayam sumbat bonda

resepi turun temurun keluarga kami yang sangat popular

BAHAN-BAHAN

  • satu ekor ayam-tak perlu potong
  • bahan tumis..
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • rempah kurma-secukup rasa untuk bahan tumisan ini
  • 3 biji telur-direbus dahulu dan dibuang kulitnya
  • 1/2 hati dan pedal ayam-dipotong kecil
  • gula dan garam secukup rasa
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit minyak untuk menumis dan 1 kilo minyak untuk mengoreng
CARA PENYEDIAAN
  • ayam dibersihkan tanpa dibuang bahagian kulit dekat leher dan bawah ayam…biarkan seekor macam cara nak buat ayam golek dan toskan
  • masakan kurma pedal dan hati ayam
  • tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang dan halia yang dihiris sampai naik bau
  • dah agak2 garing,masukkan serbuk kurma dan kacau sampai masak…campurkan serbuk kurma dengan sedikit air terlebih dahulu
  • masukkan santan dan pedal serta hati ayam..gula dan garam secukup rasa dan masak sampai agak2 kering seperti masak rendang
  • masukkan telur dan kacau rata..biarkan sejuk seketika
  • ambil ayam dan sumbatkan bahan2 tadi ke dalam ayam
  • jahit bahagian leher dan bawah ayam 2 dengan kuat..kalu boleh jangan bagi isi yang disumbat tadi terkeluar semasa menggoreng…guna benang warna yang terang
  • goreng dalam minyak yang dipanaskan dan pastikan api slow untuk memastikan ayam td masak sepenuh
  • dah masak bolah dibuka kembali benang tersebut dan haruslah dipotong..
  • sedia untuk dihidangkan..ni gambar yang sudah dipotong-potong dan sedap dinikmati bersama dengan sos

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago