Ayam Sioh

Ni masakan orang Melaka. Tapi saya bukan orang Melaka so saya main hantam je. Hahaha. Rasa masam manis. Suami suka makan so saya share dgn korang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Sioh

Ni masakan orang Melaka. Tapi saya bukan orang Melaka so saya main hantam je. Hahaha. Rasa masam manis. Suami suka makan so saya share dgn korang.

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 keping ayam
  • 2 sudu kecil asam jawa
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil kicap pekat (atau saya guna saus manis ABC)
  • 2-3 sudu kecil gula (resipi asal perlu banyak, dalam 5 sudu besar, terpulang kepada anda nak manis macamana)
  • Secubit serbuk ketumbar
  • Secubit garam
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil cuka beras
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam. Sediakan kuah perapan iaitu air bercampur asam jawa, cuka beras, kicap pekat, gula, garam, dan ketumbar.
  • Masukkan ayam dalam kuah dan perap semalaman. Keesokan harinya, keluarkan ayam daripada air asam jawa.
  • Tumis bawang hingga wangi dalam sedikit minyak. Letak air asam tadi, didihkan perlahan-lahan.
  • Masukkan ayam dan masak hingga empuk. Setelah itu, keluarkan dan biar kering sedikit lalu goreng ia hingga perang.
  • Kuah asam jawa tadi dimasak hingga pekat macam kuah ayam percik. (selepas pekat boleh adjust lagi banyak mana gula dan garam nak letak)
  • Letak ayam dalam pinggan dan curah kuah ke atasnya. Lepas tu selamat menjamu selera!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago